Saturday, April 9, 2022

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

MENGENAI ILMU AGAMA


NAMA PENSYARAH :-
USTAZ HASMINUDDIN BIN HASHIM

AHLI KUMPULAN :-
1. NOOR DANIA BINTI NOOR HISHAM (02DBS21F1038)
2. NUR ANISA BINTI AHMAD BASRI (02DBS31F1012)
3. NOR AZZAH BINTI FAUZI (02DBS21F1030)
4. WAN NUR NADIA BINTI WAN NAZARUDIN (02DBS21F1046)
5. NURIN FATIN HANNANI BINTI MOHD ROSLAN (02DBS21F1018)

1.0 MUQADDIMAH


Ibu bapa merupakan agen utama dalam memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak mereka agar menjadi tunjang kepada generasi yang cemerlang ilmu dan akhlaknya di dunia mahupun akhirat. Sekali gus membentuk anak-anak yang bukan sahaja dapat menjadi cermin generasi tetapi juga sebagai pejuang amar makruf dan nahi mungkar bahkan sebagai khalifah di muka bumi ini dan pewaris kepada ulama’ dan para nabi.

Ibu bapa hari ini menghadapi pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak mereka. Ini kerana, mereka dikehendaki memastikan anak-anak dibesarkan dan diberi Pendidikan yang merangkumi pembentukan mental, jasmani, rohani, moral dan sosial. Persekitaran juga memberi penekanan kepada ibu bapa dalam menangani cabaran tersebut. Oleh itu, pengetahuan ibu bapa dalam kaedah mendidik anak-anak perlulah dipertingkatkan selaras dengan kemajuan dan arus pemodenan dunia yang serba canggih ini dengan mengumpul, mendalami dan mempraktikkan segala maklumat terkini yang sesuai untuk diaplikasikan dalam agenda kendiri.


2.0 TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK ILMU AGAMA

       I. MEWUJUDKAN SUASANA ISLAM DALAM KELUARGA

  •  Ibu bapa haruslah mengajak anak-anak untuk melaksanakan solat berjemaah bersama keluarga pada setiap hari. Anak-anak juga perlulah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan setelah selesai solat berjemaah bersama keluarga kerana perkara ini dapat membentuk suasana bahagian dan harmoni antara ahli keluarga.
  • Ibu bapa juga perlulah mendedahkan anak-anak dengan al-quran sejak mereka kecil lagi. Amalan membaca al-quran ini dapat mengukuhkan kekuatan sesebuah keluarga tanpa ada pecah belah malahan menjadikan keluarga tersebut bahagia selaras dengan Syariat Islam.
  II.  MENGINGATKAN ANAK-ANAK TENTANG AMALAN WAJIB DALAM ISLAM

  • Ibu bapa mengingatkan anak-anak untuk sentiasa melakukan amalan wajib seperti mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan. Ini dapat membentuk jati diri anak-anak yang berakhlak mulia berlandaskan ajaran Islam.
  III. MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG SEMPURNA TERHADAP ANAK-ANAK

  • Ibu bapa memberikan pendidikan ilmu agama kepada anak-anak dengan menyediakan wang bagi menghantar anak-anak ke kuliah agama, menghadiri ceramah bersama anak-anak serta menegur dan mengingatkan tentang azab api neraka sekiranya mereka meninggalkan solat.
  • Perkara ini dapat mendidik anak-anak agar tidak meninggalkan solat dan melaksanakan solat tepat pada waktunya kerana menyedari tentang betapa pedihnya azab api neraka. Selain itu, anak-anak juga dapat mendalami ilmu agama dengan lebih lagi setelah menghadiri kuliah agama.
    IV. MENYEDIAKAN PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT
  • Membelikan dan menyediakan pakaian yang menutup aurat dengan berlandaskan syariat islam dan menepati ciri-ciri garis panduan islam. Bagi lelaki wajiblah menyediakan pakaian yang menutup kawasan di antara pusat dan lutut manakala bagi perempuan pula adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan.
  • Setiap pakaian yang disediakan tidak perlulah berjenama tinggi dan terlampau mahal cukuplah sekadar bersederhana dan menepati syariat. Ini bukan sahaja dapat menyelamatkan anak-anak dari azab api neraka malahan dapat menjaga maruah mereka daripada dipandang rendah oleh masyarakat kerana pemakaian seseorang merupakan simbolik terhadap luaran mereka. jika sopan pakaiannya sudah tentulah, masyarakat akan menghormati mereka dan sebaliknya jika tidak memakai pakaian yang sopan sudah tentulah masyarakat akan memandang serong terhadap mereka.

     V. MEMBERIKAN DENDA DAN HUKUMAN TERHADAP ANAK-ANAK

Sudah menjadi fitrah, anak-anak tidak suka dihukum. Kaedah menghukum dalam Islam terbahagi kepada dua pendekatan yang dapat menjadi sumber rujukan kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak iaitu,

  •  KAEDAH PERTAMA :
Pendekatan mendidik yang bertujuan untuk memberikan kesedaran yang tinggi di kalangan anak-anak untuk membezakan antara perkara nahi makruf dan amar mungkar.
  •  KAEDAH KEDUA :
Pendekatan dengan mendidik secara menghukum. Pendekatan menghukum ini diwujudkan dalam Islam bagi mengelakkan perlanggaran dan ingin memberikan kesedaran terhadap orang lain yang melakukannya. Hukuman yang dikenakan haruslah sepadan dengan kesalahannya ini bertujuan bagi mendidik anak-anak supaya tidak mengulagi kesilapan mereka kecuali jika kesalahan tersebut amatlah serius dan bersifat jenayah.

     VI. PENDIDIKAN DENGAN CARA PEMERHATIAN DAN PENGAWASAN

Dalam proses pendidikan bentuk ini adalah asas bagi ibu bapa dalam memastikan perkembangan anaak-anak dalam menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Cara mengawasi dan memerhati adalah dengan 

  •  Ibu bapa mengambil berat akan setiap tingkah laku dan perbuatan anak-anak dalam setiap sudut kehidupan secara menyeluruh.
  • Ibu bapa mengambil pemerhatian tentang apa yang dibaca oleh anak-anak, kawan yang mereka pilih atau persekitaran yang diikuti agar apa yang dipilih oleh anak-anak adalah sesuai dengan tuntutan syariat dan jauh dari maksiat serta kemungkaran allah سبحانه وتعالى
3.0 KESIMPULAN

Pendidikan anak-anak adalah satu jihad dan memerlukan pengorbanan daripada ibu bapa. Ibu bapa terlebih dahulu perlu mencerminkan budaya yang sihat dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak. Anak-anak merupakan cerminan terhadap ibu bapa. Seperti firman allah سبحانه وتعالى : “wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu tidak mengerjakan apa yang tidak kamu kerjakan? Berdosa besar di sisi allah سبحانه وتعالى jika kamu berkata apa yang tidak kamu kerjakan”

Jadi semua ini terpulang kepada ibu bapa itu sendiri sama ada mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh atau mahu terus mencuba teori-teori dan budaya songsang yang dibawa oleh negara barat yang sudah tentu bercanggah dengan syariat islam apatah lagi di era pemodenan ini yang semakin banyak budaya negatif dibawa oleh mereka.

Perlu diberi penekanan bahawa kita sebenarnya tidak gagal dalam membesarkan anak-anak kita tetapi sebenarnya hanyalah gagal dengan percubaan yang sebelum ini di mana mungkin ada kelemahan. Jadi kita haruslah istiqomah untuk terus berusaha membentuk akhlak anak-anak berlandaskan syariat islam. Jangan sesekali kita gagal untuk meneruskan ujian demi ujian dalam membentuk anak-anak. Ujian yang ditempuhi haruslah meletakkan tawakkal kepada allah سبحانه وتعالى dan berdoa kepada allah سبحانه وتعالى “semoga dengan ketabahan kita ini diterima oleh allah سبحانه وتعالى”






TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK MENGENAI ILMU AGAMA NAMA PENSYARAH :- USTAZ HASMINUDDIN BIN HASHIM AHLI KUMPULAN :- 1. NOOR DANIA...